Catatan

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5

"Lutfi ingatkan yang Lutfi selit kad Pengembara Mimpi dalam buku hikayat tentang beta?" Soal lelaki misteri yng menyapa Lutfi.  Lutfi teringat. Memang benar kata lelaki ini. Kali terakhir Lutfi di 'dunia nyatanya', Lutfi membaca petikan sejarah yang dia ambil dari Wikipedia, tentang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Terutamanya berkenaan Raja Muhammad yang dibuang daerah kemudian menjadi Sultan Pahang.  "Kad Pengembara Mimpi yang Lutfi pegang dan selit di celah cetakan hikayat beta, ibarat jambatan antara apa yang Lutfi baca dan apa yang Lutfi lalui. Ia adalah cara visualisasi bacaan ke fikiran. Dengan  kad ini, Lutfi berpeluang untuk menyelami teks yang Lutfi baca. Dan dalam isu bacaan Lutfi, iaitu tentang kisah beta, Lutfi berpeluang untuk berinteraksi dengan karakter yang disebut serta melihat sendiri kisah beta". Ujar lelaki misteri itu.  Lutfi hanya berdiam diri.  "Kedaulatan negara terjamin tidak semestinya disebabkan menang peperangan atau peraliha...

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #4

Pada suatu masa dahulu, seorang kerabat diraja dilucutkan jawatannya kerana didapati bersalah membunuh selepas destarnya terjatuh terkena bola takraw. Namun, menjadi suatu keganjilan apabila orang yang dibuang negeri boleh membawa lebih seratus pengikut termasuk beberapa pemimpin bersama, lalu membina institusi diraja yang baharu. Beberapa abad kemudian, seorang lelaki yang pastinya orang awam tiba-tiba 'terkembara' ke zaman silam sewaktu sedang tidur. Terjaga dan mendapati dirinya 'terperangkap' pada badan kerabat diraja itu. Tidak pasti pengembaraan ini suatu realiti atau fantasi, tetapi itulah apa yang lelaki bernama Lutfi alami.  'Jika benar aku berada pada zaman silam, aku mahu cuba mengubah sejarah', fikir Lutfi sendirian.  Lutfi hanya mahu cerita anak Bendahara yang meninggal dunia kerana tersepak destar Raja Muda Muhammad terkeluar dari lipatan sejarah. Lutfi, sebagai Tengku Muhammad, telah menghadap Sultan Melaka dan memberi cadangan supaya dia dinobat ...

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #3

Sambil mengunyah lepat, Lutfi termenung. Dia sangkakan dia sedang bermimpi. Namun, kira-kira sudah seminggu Lutfi 'bermimpi'...  Dunianya kini tiada televisyen, radio dan telefon pintar. Dunianya kini tiada bangunan tinggi berbatu-batu. Dunianya kini tiada kereta atau motosikal berenjin. Seolah-olah suasana kampung, namun kelihatan lebih mewah berbanding kampung yang Lutfi ketahui.  Lutfi kehairanan. Sambil makan, Lutfi mengimbau memorinya. Apabila Lutfi melihat cermin, wajahnya sendiri tidak dia ketahui. Lutfi kini berkulit gelap berbanding sebelumnya. Tidak lagi kelihatan seperti seorang berbangsa Cina. Badannya pula tidak kekar seperti sebelumnya. 'Agaknya ini sebab aku dipanggil Raja Muda Muhammad...' fikir Lutfi sambil mengunyah lepat lagi.  "Kanda, masih meragui dinda? Atau kanda keliru akan perkahwinan kita? Sumpah. Baru sebulan kita disatukan. Dinda masih ingat susah payah kanda menyunting dinda di Kelantan..." Kedengaran suara seorang wanita berbisik ...