In respond to Azwan Ismail

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Dalam minggu ini, Along (anak Pn. Rohana Saad yang berkhidmat di CCAC, UIAM Gombak) ada menunjukkan video pengakuan seorang lelaki bernama Azwan Ismail tentang "pendiriannya".

Entah apa motif sebenar pengakuan sebegitu. Ramai saja yang memberi komen dan ulasan berkenaan video itu di laman Youtube atau blog masing-masing.

Bila saya menonton video itu, saya dapati mesej video itu lebih kepada semangat untuk mereka-mereka yang sekepala dengan Azwan Ismail. Em... Tak tau pula yang kita MESTI ikut standard budaya orang Barat.

Sakit hati juga bila dia kata apa yang diajar oleh cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, dan lain-lain adalah pandangan dari orang heteroseksual. Kalau kata pandangan peribadi ke, acuan masyarakat ke, menurut pandangan agama ke, bolehlah diterima. Kita pula disuruhnya ikut budaya orang Barat.

Kalau saya boleh memberi komen kepada Azwan Ismail, ini komen saya: "Kalau awak nak kata yang awak tak bernafsu, tak mahu kahwin dengan perempuan, tak perlulah nak mengaku "awak gay, awak ok". Istilah tu sendiri adalah "taboo" dalam masyarakat Malaysia. Kenapa kita mesti mengadaptasikan budaya orang Barat dalam pengklasifikasian semacam tu?"...

Dia mungkin tidak endahkan komen sebegini sebab dia mengaku dia kuat dan lain-lain. Maknanya, dia pernah menerima komen yang lebih keras dan kesat daripada komen saya. (Biasalah, saya bukan jenis suka kutuk rapat. :D ).

Walau macam mana sekalipun pandangan dia, atau kefahaman dan amalan Islamnya. Dia juga perlu fikirkan adakah kita perlu "serap" dan "sebatikan" semua budaya yang berlawanan dengan Islam?

Saya letakkan pautan videonya disini.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5