"Update - Reboot" mungkinkah?

Assalammu'alaikum...

Lama tak buka blog. Macam-macam yang sudah berlaku sepanjang kegagalan saya menaip blog. Nampaknya saya tak boleh menjadi "full-time blogger". Dua perkara yang ingin saya taipkan di sini.

Rasanya tak ada pun sesiapa yang ambil tahu tentang blog ini. Maaflah jika ada yang menanti-nanti tulisan saya di sini. Tiada alasan yang boleh saya berikan, sebab saya sendiri tak suka alasan...

Ada kawan saya yang minta saya menulis secara ilmiah. Susah juga nak jadikan blog bahan ilmiah. Akhirnya saya fikir, blog ini saya jadikan sebagai jurnal umum kehidupan saya saja. :)

Entah, ramai yang ingin tahu tentang kerja saya sebagai pelajar - atau buat-buat ingin tahu sahaja. Ada juga yang tak berpuas hati dengan saya - kononnya mahu bersikap dingin dengan saya - tapi lupa yang saya seorang yang "tak kisah". Kalaulah rasa tak puas hati tu diterjemahkan dengan ayat dan perbincangan, bolehlah saya tahu. Ahli psikologi pun tak boleh baca fikiran orang lain, apatah lagi saya.

Kesimpulannya, jangan memendam rasa dengan sikap "tak kisah" saya, sebab saya bukannya malaikat, bukannya pembaca minda manusia. Saya tak pandai memujuk tau. :D
Disebabkan tajuk entri ini seperti yang saya taipkan di atas, semua entri lama telah saya buang. ^.^

Ulasan

  1. lps ni leh la tukar drp "aiman tak kisah" kepada "apen x kisah"...
    biasa la pen kehidupan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

理論

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

アップデット