Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

(Saya Tiada Tajuk Sesuai Untuk Mentajukkan Entri Ini) ^.^

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. (Yei!). Trend masyarakat Malaysia - bersiap sedia untuk menyambut puasa dan raya. Persediaan raya, em... Masyarakat Malaysia akan bersiap sedia untuk menempah pakaian raya dan mungkin juga perabot dan kuih raya. :D Persediaan puasa? Etto... Apa ya? Latihan puasa... Kot. Antara latihan puasa yang "biasa" dilakukan oleh masyarakat... Puasa tiga bulan berturut-turut. Itu antara latihan yang paling mantap pernah saya dengar. Saya tak pernah berpuasa tiga bulan berturut-turut. (Betul, bukan bohong). Jadi elok kita bersangka baik dahulu - mungkin untuk kafarah 2 bulan (Rejab & Sha'ban) campur 1 bulan wajib (Ramadhan). He 3x. :P Ada satu Hadith - saya lupa matannya dan riwayatnya - yang membawa maksud bahawa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan puasa pada bulan Sha'ban. Maksudnya di sini, baginda (S.A.W.) memperbanyakkan puasa ...

Bersih vs. FRU, Round 2(.0)

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... "Perang" antara NGO Bersih dengan FRU PDRM berakhir secara "aman" sebelum jam 5 petang. Atas dasar memenuhi jemputan kenduri kahwin, saya ke Jalan Kastam, Perlabuhan Kelang. Dalam perjalanan, ada beberapa penumpang LRT panik setelah mendengar pengumuman ini: "Atas sebab-sebab keselamatan, tren ini tidak akan berhenti di Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni dan hanya akan berhenti di KL Sentral". Kasihan yang panik. Sabarlah sikit. Kegelabahan anda tidak dapat menamatkan perhimpunan Bersih atau Patriot. :) Pemandangan Kuala Lumpur dari Stesen Pasar Seni... Jam 12 barang kali (saya lupa), lengang seperti pemandangan sebuah pekan kecil selepas dikosongkan. Saya hanya nampak beberapa anggota polis dan orang lain, kebanyakannya wartawan... Konon mahu rakam gambar, sekali telefon Nokia 2630 Kunang saya tinggal satu bar cas baterinya. Aduhai... Tak boleh, simpan untuk kecemasan. :D Kita kongsikan situasi yang sempat saya ingat....

Berlagak Pandai...?

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Sekadar menulis mesej ringkas. Ada orang menggunakan "kabel" untuk mendapatkan pekerjaan yang dia mahukan. Ada juga yang menggunakan "kuasa" untuk tujuan sama. Namun, jika kita lihat dari sudut yang berbeza, katakanlah majikan, apa cara sekali pun, adakah dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya jika diberikan AMANAH untuk tunaikan pekerjaan tersebut? Biar saya berikan satu situasi menarik. En. H dan Pn. G telah diberikan amanah untuk selesaikan "assignment" Brother K yang entah berapa kurun tidak selesai-selesai. Politiknya, En. H dan Pn. G lebih berpengalaman dalam kerja-kerja sebegitu berbanding Brother K. Sebulan berlalu, "assignment" itu tidak siap. Malah, tidak berubah sejak Brother K tinggalkan kerjanya. Kalut punyalah kalut, Brother K dipanggil untuk "back-up" En. H dan Pn. G. dengan kadar segera... ("dateline meeting"-lah katakan...) Maka datanglah Brother K dengan muka mengantuk k...

Jenaka Sekejap

Imej
My ex-roomate, Sou Yuen , asked about how my life goes on and to update this blog. Since English says "A picture paints thousand words", so I wonder what is he going to respond? :) I'll post this entry on his FB's wall... :P