お誕生日です。^_^

Al-Salām 'Alaykum wa Rahmah Allāh wa Barakātuh

Saya telah dilahirkan pada 10 Ogos 1984. Ini bermakna, hari ini, umur saya adalah 28 tahun.  Tapi, tahukah? Saya sebenarnya lebih muda dari 28. Sila ambil pen dan kertas - atau keluarkan mana-mana gajet yang ada fungsi kalkulator, dan cuba kira. 

2+8=10 (Maknanya, umur saya adalah 10 tahun). :D

2-8=-6 (Maknanya, umur saya adalah 6 tahun lagi muda dari sekarang a.k.a. 22 tahun)

2x8=16 (Maknanya, saya baru hampir setahun menduduki peperiksaan PMR)

2÷8=0.25 (Maknanya, saya sudah suku abad hidup di bumi ini, alhamdulillah...)

OK. Siapa percaya, angkat tangan. 

(Pura-pura nampak tangan pembaca. Hehe). Bagus! ^_^

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih berikan peluang untuk hidup.

Terima kasih, Mak, sebab lahirkan saya.
Terima kasih, Abah, sebab sara saya.
Terima kasih, Ummi, sebab sokong saya.
Terima kasih, semua abang, kakak, dan adik-adik saya, sebab terima saya dalam keluarga kita. 
Terima kasih, ****, sebab sudi terima saya. (Hehe).

Ehem, kepada semua guru, saudara-mara, rakan-rakan, bos-bos, terima kasih kerana kongsikan ilmu dan pengalaman kalian. :D

Saya bercadang akhiri "post" kali ini dengan lagu ini kepada semua pembaca. Hehe. Ini bukan lagu saya, cuma ceritanya tentang robot yang berterima kasih kepada "engineer"-nya yang cuba bangunkan program "Artificial Intelligent" yang bernama "hati". Videonya agak "kristian" sedikit, cuma liriknya agak mendalam, kot. (Hehe).

Lirik? Sila "google": "Kagamine Rin - Kokoro"

Nota: 
1. Teringat zaman sekolah dulu, (SAMUS, Tingkatan 1 Fairuz), saya pernah berkata kepada Anhar Hafiz, "aku target kahwin umur 28 tahun". Dia respon, "apa pula target kahwin, cakap kat orang?". Hehe. Sekarang dia sudah kahwin dan sudah ada anak. Alhamdulillah... :D

2. "お誕生日" (otanjōbi, Japanese) maknanya "hari lahir". Saya tidak tahu kenapa orang Jepun tunjukkan rasa hormat dengan "hari lahir"...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5