考え
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
-------------------------------
"Berjuang menentang kegelapan dari belakang tabir, Pahlawan Shinobi Ninginger!". (Bunyi letupan. 3 orang berpakaian warna merah, biru, dan kuning dengan gaya masing-masing. Bertopi keledar tema haiwan. Baju ala-ala ninja Jepun, sambil pegang pisau kecil kunai).
Bilik mesyuarat bergema dengan tepukan.
"Encik Saburo. Jika menjadilah, ini kali ketiga kita akan siarkan siri pahlawan super bertema ninja. Saya terfikir, peminat akan sokongkah? Yang ketuanya perempuan. Tema haiwannya khinzir, anjing dan kuda. Kuda mungkin tiada masalah...". Luah Encik Bandai.
"Jangan risau. Yang penting kanak-kanak suka. Habis saja tayangan tahun ini, Encik Saban akan buat remake. Mereka pastilah beritahu kanak-kanak tempat mereka, "ini tenuk, ini serigala". Nanti, ramai-ramai akan ikut jejak mereka. Peminat pun sangka mereka pemilik asal cerita tu. Tak apalah. Mereka mesti bayar royalti kepada kita". Celah Encik Saburo.
"Encik Bandai, saya mewakili syarikat televisyen, rasanya tiada masalah untuk kita promosikan. Kanak-kanak sentiasa nantikan slot cerita ni. Sudah 40 tahun tersiar. Jangan risau". Pujuk Encik Asahi.
---------------------------------------------
Kuiz:
1. Pahlawan Shinobi Ninginger terdiri daripada tiga wira berkostum haiwan. Ketuanya perempuan. Jika ketua menggunakan warna merah. Apakah tema haiwan ketua?
2. 40 tahun adalah tempoh yang, aduhai..., lama. Kenapa syarikat televisyen Encik Asahi tidak mahu tukar cerita lain untuk slot pahlawan super ini?
Lain orang, lain cara berfikirnya, kan?
Encik Google kata, 考え sebutnya "kangae". Maknanya "thought". ^_^
Ulasan
Catat Ulasan