Iklan

Assalamualaikum...

Hari ini hari Ahad. :D

Sedang bersembang dengan Encik S yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya, terlintas di fikiran saya tentang satu isu yang dibangkitkan oleh pensyarah Sebaran Umum (rasanya itu perkataan bahasa Melayu untuk "Mass Communication"): "Adakah kita sedar yang sebenarnya kita membayar iklan yang ada di dalam surat khabar? Apa hukumnya jika kita membeli iklan arak?"

Terus saya ceritakan kepada Encik S. Responnya:

"Jangan kautanya sesuatu yang jika kautanya akan menyusahkan engkau". Lebih kurang begitulah terjemahan ayat al-Qur'an yang dibacakannya.

(Encik S agak sibuk hari ini sebab telefonnya asyik berdering sahaja. Barangkali dia dalam mood malas, dia tak perasan yang tuan bilik iaitu saya, tak habis bercakap dengannya lagi. Mesti baik sangka. :) )

Ayat itu turun semasa wahyu masih turun. Kiranya masa Rasulullah SallAllah 'Alaihi wa Sallam, kalau ditanya soalan boleh jadi, terus jadi hukum Syar'ie. Umat Islam masa itu suka bertanya baginda pelbagai perkara dari amalan terbaik (Fadhail 'A'mal) sampai unta yang hilang dari jagaan pengasuhnya.

Jadi, kalau kita mahu mempraktikkan ayat tersebut, adakah ia bermakna kita dilarang membuat pertanyaan bagi isu-isu baru yang belum atau sedang dibincangkan 'ulama? Kalau macam tu, tak perlulah kita tanya makanan kat hotel-hotel itu dapat pengesahan halal ke tidak? Tak perlulah nak meragu-ragu sama ada wujud benda haram atau tidak dalam makanan. Tak nak tanya sebab takut jadi tak halal dimakan, begitu?

Ulasan

  1. Perenggan akhir telah diubah untuk mengelakkan isu perkauman. Saya tak suka digelar "racist". Harap maklum. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

理論

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

アップデット