Ingat Mati...

Assalamualaikum...

Sebelum saya ke makmal komputer di UIA ini, saya melewati van jenazah. Rasanya ada orang yang meninggal dunia hari ini...


إن لله وإن إليه راجعون

Terlintas di fikiran saya untuk menulis sedikit wasiat. Manalah tahu, tiba-tiba saja kita dipanggil. Sudah "ready" ke, belum ke, mesti pergi...

1. Hutang: Kalau saya berhutang, minta dihalalkan la ye. Saya selalu lupa tentang hutang saya. Jadi, bila saya berhutang, saya minta pemiutang ingatkan saya tentang hutang. Tapi kalau orang lain yang berhutang dengan saya, silalah bayar dulu. Tak nak bayar tak apa. Saya boleh "claim" bila tiba Hari Amalan Manusia Dihitung nanti. Ha 3x. :D

2. Panggilan: Ada sesetengah hamba Allah suka letak "title" kepada si mati. Kalau yang mati itu orang bukan Islam, katakanlah namanya G, dia panggil "Mendiang G" atau "the Late G". Kalau yang mati itu orang Islam, dia panggil "Arwah G". Bila saya mati nanti, saya tak mahu "title" Arwah. Sila doakan saya dengan membaca/menyebut Allahyarham... Kalau diterjemahkan, ia bermaksud Allah merahmati...

Apa lagi yang perlu dimasukkan dalam wasiat sebelum mati ya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5