Pembudayaan Valentine di Malaysia.... Eh?

Assalamua'alaikum Warahmatullah...

(Setelah mendapat mesej dinding dari adik saya, saya dapati blog ini tidak dikemaskinikan lebih sebulan. Jadi saya mencuri masa saya untuk mengemaskinikan blog - harapnya dapat taip seringkas yang boleh).

Setiap hujung bulan Januari (biasanya seawal 20/1) hingga hujung Februari (sama ada 28/2 atau 29/2, tahun lompat), semua orang - barangkali - akan diperingatkan dengan salah satu antara cerita-cerita (lebih kurang) berikut kisahnya.

Cerita A:

"Valentine adalah seorang paderi yang berusaha untuk memperbaharui fikiran jemaah gereja yang melarang ahlinya bercinta atau berkahwin supaya dapat mengabdikan diri 100% kepada tuhan. Diringkaskan cerita, dia didapati bersalah kerana menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, maka dia dihukum bunuh. Sebagai tanda memperingati kisah cintanya, hari kematiannya dijadikan ulang tahun Hari Kekasih untuk menghargai usaha kekasih mempertahankan kasihnya kepada pasangannya..."

Cerita B:

"Valentine adalah seorang pendakwah Kristian. Satu hari, dia bertemu (atau dipanggil menghadap) seorang raja. Raja itu mahu sokongannya untuk membenarkan penyembahan berhala (atau lebih tepat lagi, dewa). Dia tidak bersetuju, tetapi dengan beraninya dia memujuk raja itu untuk menganut Kristian. Kerana marah, dia pun dibunuh. Ulangtahun kematiannya diperingatkan sebagai tanda memuji keberaniannya "confessing" kepada raja tersebut..."

Cerita C:

"Valentine adalah antara manusia yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol. Sebagai meraikan kejayaannya, semua orang dimomokkan dengan pelbagai cara untuk membuktikan kecintaan masing-masing dengan menyertai aktiviti-aktiviti menyalahi Syariah Islam. Hakikatnya ia adalah ulangtahun "Muslim Cleansing" di Sepanyol..."

Nah! Yang mana cerita original? (Atau yang mana cerita yang paling digemari rakyat Malaysia?)

Kita tinggalkan cerita yang mana benar kepada pakar-pakar sejarah (sebab tak ada lagi pakar sejarah memberi ulasan terhadap sambutan Hari Valentine, pada hemat saya yang cetek ilmu ni lah)

Jom tengok kesan sambutan Hari Valentine di seluruh dunia. (Macam banyak sangat. Kata nak taip seringkas boleh). Kita ambil contoh, Jepun - sebab "kiblat" mereka (majoritinya) adalah Barat.

14/2 adalah Hari Valentine (バレンタインデー/barentain ē). Para gadis boleh menyediakan coklat untuk diberikan kepada bapanya, cikgunya, rakan-rakan sekelasnya, dan tidak ketinggalan, lelaki yang paling dikagumi/diminati olehnya. Mereka mengkategorikan coklat sebagai:
  1. "Coklat Tanggungjawab" (義理チョコ/Girichoko) - Untuk bapa/cikgu/rakan sekerja atau sekelas. Diberi sebagai dorongan untuk terus berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing.
  2. "Coklat Kawan" (友チョコ/Tomochoko) - Untuk kawan-kawan (terutamanya kawan perempuan). Diberi untuk menghargai persahabatan mereka. Biasanya mereka cuma bertukar-tukar coklat saja... Kot... :P
  3. "Coklat Kegemaran" (本命チョコ/Honmeichoko) - Untuk makhluk yang paling mereka sukai. Diberi sebagai tanda yang dia benar-benar hormat/suka kepadanya.
Mereka bukan beri coklat secara suka-suka, lebih mengharapkan balasan daripada penerima coklatnya. (Agak demanding juga wanita Jepun. :P). Maka, mana-mana makhluk yang menerima coklat pada 14/2 sepatutnya menghadiahkan kepada mereka coklat seawal 14/3. Hari itu dinamakan sebagai "Hari Putih" (ホワイトデー/howaito dē). Itulah pembudayaan Valentine di Jepun.

Macam mana dengan Malaysia? Em... Hari Kekasih bukan cuti umum. :P Tak ada sesiapa yang mewajibkan pemberian coklat sesama masyarakat. Kempen-kempen tentang Hari Kekasih selalu saja muncul antara Januari ke Mac.

Kempen. Rasanya itu budaya Valentine di Malaysia - kempen sambut Hari Kekasih dan kempen boikot Hari Kekasih. Kempen-kempen ini hanya diperoleh di mel elektronik (emel) dan juga petikan tulisan mana-mana individu yang telah disalin (entah berapa juta kali) ke laman-laman sesawang sosial seperti Facebook (sampai ada pembangun mainan dalam talian a.k.a. Online Games Developers seperti Zynga mempromosikan kempen mainan sempena Hari Valentine (peminat Farmville mesti sedang berusaha untuk mengumpulkan hadiah Valentine untuk dapatkan kambing-edisi-terhad, "Luv Ewe" dan lain-lain). :D

Saya hormati mereka yang berusaha untuk mempertahankan Islam. Memang ramai pesalah-pesalah Syariah diberkas ketika asyik dibuai maksiat (biasa kita dengar laporan media tentang isu berkenaan). Saya sokong usaha mempertahankan "budaya Islam" daripada dicampuradukkan dengan acuan Barat. (Mengapa kita mesti mengadaptasikan budaya Barat dalam kehidupan seharian kita?).

Siapalah saya untuk menafikan Hadith Rasulullah "Sampaikanlah (ilmu) daripada saya walaupun satu ayat (al-Qur'an)". Cuma, cukupkah kita berkempen dengan bahan yang sama setiap tahun? Kempen saja. Kenapa tak buat promosi - jom ke Masjid sempena Hari Kekasih?, Contoh.

Mungkin ada akan berkata: "Beribadat sempena Hari Kekasih adalah bida'ah". Namun, jika seminar Pemikiran Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahab tidak dikira Bida'ah berbanding sambutan Mawlidur Rasul, apa kata kita berkempen kepada masyarakat aktiviti bukan ibadat yang lain untuk menggantikan aktiviti maksiat dalam Hari Kekasih dan Mawlidur Rasul? Orang Jepun pakai coklat. ^.^

Kalau saya jadi AJK Masijd atau Surau, saya nak panggil belia ahli kariah tempat saya, bawa cangkul, parang, sabit, dan lain-lain. Buat gotong royong pada 14/2. Tak pun, beli pokok bunga banyak-banyak, kita buat neseri ke, taman kecil ke, latihan bercucuk tanam ke, anjuran Masjid. Adalah sikit side-income untuk Masjid. OK apa? :D

Ulasan

  1. cerita C adalah cerita asal April Fool

    BalasPadam
  2. Eh? Benarkah? Em... Macam saya tuliskan di atas, kita serahkan kepada pakar sejarah untuk mengkaji kebenaran ceritanya.

    Saya kena tanya kawan saya sebelum dia berlepas ke luar negara untuk sambung belajar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

理論

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

アップデット