理想 vs. 現実
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
Ini adalah suatu cerita yang
tidak pernah diceritakan… Agaknyalah. ^_^
M, ketika berumur 18 tahun, nekad
untuk belajar agama. Alasannya,
“Kita orang bodoh. Mana tahu hukum
hakam bagai”, sambil membuat reaksi muka >_<
Diringkaskan cerita. M Berjaya menamatkan
pengajiannya dalam bidang ijazah sarjana muda ketika berumur 24 tahun pula. M
beristikharah – “sambung belajar” atau “cari kerja”. Maka dipilihnya “sambung
belajar”.
Bila dia menghadap buku (agama)…
“Tak pernah pula saya tahu begini
rupanya maksud hadith ini…”
Bila dia menghadap komputer…
“Tak pernah pula saya tahu begini
jadinya skrin yang boleh tekan-tekan ini…”
Bila dia menghadap Facebook…
“Tak pernah pula saya tahu begini
akhirnya perhubungan mereka ini…”
Maka M pun terfikir. Apa yang dia
sedang buat?
“Apa jenis ustazlah engkau ni?
Kita tanya hukum sikit, engkau jawab “tak tahu” saja”.
“Apa jenis pelajarlah engkau ni?
Kita suruh huraikan sikit, engkau jawab “tak tahu” saja”.
“Apa jenis kawanlah engkau ni?
Kita tanya khabar orang sekampung, engkau jawab “tak tahu” saja”.
Jadi, M pun buat keputusan...
“Baiklah. Saya akan cuba
sumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Saya nak bermula dari dunia hadith, sebab
saya belajar bidang hadith…”
Terus, dengan semangat
berkobar-kobar seperti burung cenderawasih yang sedang terbang tinggi, dengan
kadar kelajuan tahap maksima…
“Subhanallah… barulah aku tahu
rupa-rupanya maksud kata-kata ulama “hadith daif tak boleh digunakan untuk
berhujah” adalah istinbat hukum tak boleh dengan hadith daif rupanya…”
“Barakallahu fik… barulah aku
tahu hadith ni palsu rupa-rupanya. Ingatkan kalau semua yang terkandung dalam
kitab ni, sahih-sahih belaka…”
“Fatahallahu ‘alaik… barulah aku
tahu rupa-rupanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun suruh kita
berterima kasih sesame manusia ya”.
Itu sebenarnya hanya diucapkan
didalam minda M. Dengan bahasa lain, M mahukan dialog sebegini diucapkan dari para
kawan dan seteru. Itulah “ideal” baginya.
“Tch, aku penat-penat cari
hadith, senang-senang saja engkau pangkah. Imam Ghazali pakai juga kot.
Siapa engkau untuk pertikaikan dia?”
“Amboi, bulat-bulat engkau kata non-muslim
ini jenis tak reti berterima kasih. Pakai hadith ini konon. Siapa engkau judged
manusia macam itu? Pakailah otak sikit. Takkan Allah senang-senang saja condemned
manusia masuk syurga-neraka macam ni. Mana keadilan-Nya?”
“Engkau ni tak berbakat langsung.
Aku tak Nampak pun engkau huraikan isu ni. Macam copy-paste saja. Assignment
budak undergraduate buat lagi bagus dari yang engkau buat macam ni”.
Itulah “reality” untuknya.
Jadi, M pun buat kesimpulan
mudah, “haters going to hate”.
Bayangkan. Apa akan terjadi
sekiranya M itu adalah kamu? Manusia yang membaca entri ini.
Apa tindakan kamu? ;)
-----------------------------------
理想, disebut
sebagai “risō”, maknanya “ideal” atau “belief”.
現実, disebut sebagai “genjitsu”, maknanya “reality” atau “actual”.
Manusia berada di bumi yang sama,
tetapi di dunia yang berbeza. Hanya sebab mereka dalam bidang ilmu yang
berbeza, pengalaman yang berbeza, dan corak fikiran yang berbeza.
Pakar bedah mampu membedah mayat,
tapi masih tak dapat buat kesimpulan kematian sebab dia kena beri hasil bedah
kepada penyiasat. Walaupun, secara logiknya, berdasarkan pengalamannya
membedah, dia boleh tahu bagaimana matinya seseorang itu.
Perumpamaan yang sama kepada M yang
belajar bidang hadith. Walaupun M tahu hadith berkenaan hukum sekian-sekian,
tetapi M tidak boleh beri fatwa sendiri.
Ketahuilah, M dan orang-orang
yang seangkatan dengannya tidak pernah khianati masyarakat hanya sebab
kebodohannya, tidak tahu buku-buku agama yang pelbagai cabangnya. Feqah,
Akidah, Sirah, dan sebagainya.
Ketahuilah, ramai orang muda
seperti M yang gopoh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Sudahnya, masyarakat
keliru. Cendekiawan berbalah. Masa terbuang. Yang tinggal hanyalah label-label
dan semangat.
Ketahuilah, graduan seperti M dan
rakan-rakan kena saling bekerjasama dan mencari titik persefahaman dalam setiap
kekhilafan. Barulah masyarakat tidak ragu-ragu. Perasaan angkuh, dengki, gopoh,
dan benci hanya menyempitkan dada untuk menerima perbezaan pendapat.
Barakallahu fikum. Ucapan tahniah
untuk semua graduan IIUM tahun ini, terutamanya yang turut serta Majlis konvokesyen IIUM
ke-30.
Lee, Nabil, Helmi, Hadi, dan semua yang pernah menghadap saya pagi-pagi Sabtu atau malam-malam Rabu masa first year dulu. Mesej ini adalah untuk kalian. ^_^
Juga, ucapan tahniah seperti di atas untuk As'ad walaupun tak dapat sertai majlis konvokesyen kali ini. :D
Ulasan
Catat Ulasan