Iklan
Assalamualaikum... Hari ini hari Ahad. :D Sedang bersembang dengan Encik S yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya, terlintas di fikiran saya tentang satu isu yang dibangkitkan oleh pensyarah Sebaran Umum (rasanya itu perkataan bahasa Melayu untuk "Mass Communication"): "Adakah kita sedar yang sebenarnya kita membayar iklan yang ada di dalam surat khabar? Apa hukumnya jika kita membeli iklan arak?" Terus saya ceritakan kepada Encik S. Responnya: "Jangan kautanya sesuatu yang jika kautanya akan menyusahkan engkau". Lebih kurang begitulah terjemahan ayat al-Qur'an yang dibacakannya. (Encik S agak sibuk hari ini sebab telefonnya asyik berdering sahaja. Barangkali dia dalam mood malas, dia tak perasan yang tuan bilik iaitu saya, tak habis bercakap dengannya lagi. Mesti baik sangka. :) ) Ayat itu turun semasa wahyu masih turun. Kiranya masa Rasulullah SallAllah 'Alaihi wa Sallam, kalau ditanya soalan boleh jadi, terus jadi hukum Syar...