Catatan

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5

"Lutfi ingatkan yang Lutfi selit kad Pengembara Mimpi dalam buku hikayat tentang beta?" Soal lelaki misteri yng menyapa Lutfi.  Lutfi teringat. Memang benar kata lelaki ini. Kali terakhir Lutfi di 'dunia nyatanya', Lutfi membaca petikan sejarah yang dia ambil dari Wikipedia, tentang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Terutamanya berkenaan Raja Muhammad yang dibuang daerah kemudian menjadi Sultan Pahang.  "Kad Pengembara Mimpi yang Lutfi pegang dan selit di celah cetakan hikayat beta, ibarat jambatan antara apa yang Lutfi baca dan apa yang Lutfi lalui. Ia adalah cara visualisasi bacaan ke fikiran. Dengan  kad ini, Lutfi berpeluang untuk menyelami teks yang Lutfi baca. Dan dalam isu bacaan Lutfi, iaitu tentang kisah beta, Lutfi berpeluang untuk berinteraksi dengan karakter yang disebut serta melihat sendiri kisah beta". Ujar lelaki misteri itu.  Lutfi hanya berdiam diri.  "Kedaulatan negara terjamin tidak semestinya disebabkan menang peperangan atau peraliha...

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #4

Pada suatu masa dahulu, seorang kerabat diraja dilucutkan jawatannya kerana didapati bersalah membunuh selepas destarnya terjatuh terkena bola takraw. Namun, menjadi suatu keganjilan apabila orang yang dibuang negeri boleh membawa lebih seratus pengikut termasuk beberapa pemimpin bersama, lalu membina institusi diraja yang baharu. Beberapa abad kemudian, seorang lelaki yang pastinya orang awam tiba-tiba 'terkembara' ke zaman silam sewaktu sedang tidur. Terjaga dan mendapati dirinya 'terperangkap' pada badan kerabat diraja itu. Tidak pasti pengembaraan ini suatu realiti atau fantasi, tetapi itulah apa yang lelaki bernama Lutfi alami.  'Jika benar aku berada pada zaman silam, aku mahu cuba mengubah sejarah', fikir Lutfi sendirian.  Lutfi hanya mahu cerita anak Bendahara yang meninggal dunia kerana tersepak destar Raja Muda Muhammad terkeluar dari lipatan sejarah. Lutfi, sebagai Tengku Muhammad, telah menghadap Sultan Melaka dan memberi cadangan supaya dia dinobat ...

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #3

Sambil mengunyah lepat, Lutfi termenung. Dia sangkakan dia sedang bermimpi. Namun, kira-kira sudah seminggu Lutfi 'bermimpi'...  Dunianya kini tiada televisyen, radio dan telefon pintar. Dunianya kini tiada bangunan tinggi berbatu-batu. Dunianya kini tiada kereta atau motosikal berenjin. Seolah-olah suasana kampung, namun kelihatan lebih mewah berbanding kampung yang Lutfi ketahui.  Lutfi kehairanan. Sambil makan, Lutfi mengimbau memorinya. Apabila Lutfi melihat cermin, wajahnya sendiri tidak dia ketahui. Lutfi kini berkulit gelap berbanding sebelumnya. Tidak lagi kelihatan seperti seorang berbangsa Cina. Badannya pula tidak kekar seperti sebelumnya. 'Agaknya ini sebab aku dipanggil Raja Muda Muhammad...' fikir Lutfi sambil mengunyah lepat lagi.  "Kanda, masih meragui dinda? Atau kanda keliru akan perkahwinan kita? Sumpah. Baru sebulan kita disatukan. Dinda masih ingat susah payah kanda menyunting dinda di Kelantan..." Kedengaran suara seorang wanita berbisik ...

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #2

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di perkarangan SAM Tali Air, sebuah sekolah menengah agama baru di daerah Kuala Langat. Baru beroperasi. Hanya ada lapan puluh pelajar tingkatan satu di situ. Disebabkan baru, banyak bilik darjah kosong di sekolah itu.  Kerajaan negeri menempatkan dua puluh pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di SAM Tali Air, bagi menyelesaikan isu kekurangan bilik darjah di sekolah berhampiran. Lutfi di antara dua puluh pelajar berkenaan.  Kehadiran pelajar senior segera ini mengembirakan guru-guru SAM Tali Air. Sepuluh dari mereka segera dilantik sebagai pengawas dan pustakawan. Tetapi Lutfi bukan di kalangan yang dilantik. Lutfi dikenali sebagai seorang yang menghormati guru, tetapi suka bertumbuk dan bertinju. Minggu pertama Lutfi di sekolah itu pun sudah ada pelajar yang ditumbuknya.  Nama Lutfi sering menitip di bibir-bibir guru SAM Tali Air, kerana 'kemahiran tinjunya'. Mutakhir, Lutfi membelasah lima pelajar perempuan tingkatan satu di belakang...

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #1

2.30 petang.  Di Kompleks Hal Ehwal Pelajar, SAM Tali Air, ada seorang pelajar lelaki. Dia berdiri menghadap seorang guru.  "Selagi kamu tak buka mulut, sebab apa kamu memukul pelajar-pelajar perempuan tu, selagi itu cikgu tak akan lepaskan kamu!", herdik guru itu.  Kedengaran bunyi pintu diketuk.  "Assalamualaikum, cikgu. Lama lagikah?". Lelaki yang mengetuk pintu bilik guru itu menyapa.  "Ya, Ustaz Luqman..." sahut guru itu. Sambil meninggalkan pelajar lelaki yg sedang disiasat tadi, guru itu menyambut lelaki yang digelarkan Ustaz Luqman tadi.  Bisikan demi bisikan, ibarat desiran angin yang bertiup melalui corong kulit siput di pantai, didengari pelajar lelaki itu. Namun, tidaklah sejelas mana. Hanya bunyi huruf S yang kedengaran.  "Lutfi. Balik", arah guru tadi.  "Terima kasih, cikgu", akur pelajar lelaki yang tadi berdiri menghadap guru itu.  Tangan dihulur. Pelajar lelaki itu namanya Lutfi. Menghulur tangan sebagai tanda memohon m...

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

السلام عليكم Pada suatu hari, saya bercadang untuk menyemak kertas kerja saya. Atas alasan untuk hilangkan mengantuk, saya buka Youtube. Nampaknya Youtube mencadangkan kepada saya untuk melihat klip video 'Toki yo' nyanyian En. Hoshino Gen. Selain terfikir tentang stesen keretapi mana yang dia buat video itu dan mengapa 'pembantunya' bertopeng, saya membuat carian dari Wikipedia tentang En. Hoshino. Ringkas saja. Tapi nampaknya mata saya tertarik untuk meneruskan bacaan saya tentang drama lakonannya... Dan akhirnya membuat maraton menonton drama Jepun, 'We married as a Job'. 😅 Elok saya buatkan sinopsis drama ini:  'Moriyama Mikuru, wanita berkelulusan sarjana dari sebuah universiti dalam bidang Psikologi Klinikal, berusaha mencari kerja tetap. Akhirnya Mikuru membuat kerja sambilan sebagai seorang pembantu rumah kepada Tsuzaki Hiramasa, seorang bujang yang beza umur mereka 10 tahun. Mikuru hanya datang ke rumah Hiramasa pada hari Jum...

Imej
"Minggu depan, insya-Allah, hari Raya Korban. Kita jumpa abu walid di kampung", kata si ayah " Abu walid ...", ajuk si bayi. "Kita jumpa siti di kampung", sambung si ayah lagi. " idi ", ajuk si bayi. "Hari ni 3 Ogos 2019. Sekarang jam 10.30 pagi. Kita tunggu umi dulu. Lepas ni kita jumpa nenek dulu... Walid kena telefon abu walid dulu... Tunggu umi siap kelas dululah". Tak ada sesiapa yang tahu sebenarnya abu walid sudah mula berjalan ke negeri kekal abadi... Alam barzakh.. Pada tarikh dan waktu itu... Sudah janji dia dengan Allah sebenarnya...

第一

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته ------------------------------- “Eririn. Pernah dengar lagu ni? Lagu ni bergenre pop campur dengan unsur-unsur lain. Ini gambar penyanyi-penyanyinya”. Min menawar.  “Belum”.  (Katalah dua digimon ini mendengar lagu yang dimaksudkan menggunakan Discman).  “Awak. Ada data tentang bahasa Arab tak?” “Kenapa dengan bahasa manusia itu, bah?” Eririn kehairanan. “Saya mahu awak tuliskan lirik bahasa Arab itu”. Pinta Min.  “Wah... Sebentar, ya”. Jawab Eririn sambil buat muka begini: ^_^  اللهُ يَا حَفِيظُ نَفْسِي وَرُوحِي، بِسْمِ اللهِ، جِبْرَائِيلُ فِي يَمِينِي، بِسْمِ اللهِ، مِيكَائِيلُ فِي شِمَالِي، بِسْمِ اللهِ، إِسْرَافِيلُ فِي أَمَامِي، بِسْمِ اللهِ، عِزْرَائِيلُ... “Eririn. Cantik awak susun ayat. Tapi kenapa bah? Ndak sama dengan sebutan penyanyinya”.  “Saya ndak suka. Mengelirukan”.  Eririn mulakan penerangannya. “Min, dalam bahasa Arab, ada istilah  ṣifah...